Kisah Benar punya selingan

Kisah benar ni dah terlepas masuk ke IIUM Confessions. Aku tak pasti siapa yang share kisah ni ke sana. Aku just harap semua kisah ni jadi tauladan bukan punca perbalahan. Aku sempat jenguk ruang komentar para pembaca. Ada beberapa klarifikasi yang aku kena letak dengan harapan dapatlah sedikit sebanyak merungkai persoalan pada yang masih bersoal siasat. Tenang, semuanya ada penjelasan. 

Pertama-tamanya aku minta maaf kerana kisah yang pasal hutan 'twilight' bercampur bahasanya. Itu aku akui memang salah aku. Sekejap bahasa melayu sekejap bahasa Inggeris bercampur baur, macam perasaan aku menulis waktu tu. Aku akan cuba semampunya untuk tidak mengulanginya. 

Aku suka menulis, tapi itu bukan punca kenapa kisah-kisah benar ini ada beberapa episod, kenapa aku bahagikan semuanya mengikut edisi atau part sebab kalau aku cerita keseluruhan cerita dalam satu kisah, blog ni bukan jadi blog, dia jadi satu entiti khazanah alam, tak terpandang. Korang jangan muhong lah eh buku sejarah tingkatan 5 siapa je nak habis baca dari muka surat pertama sampai habis? 

Ada yang masih bergelak ketawa, dan cakap nasiblah aku tak jadi Staff Nurse, if tak mesti jadi Staff Nurse yang pengotor. Pernah dengar tak pasal minda bawah sedar. Cuba rujuk wikipedia ada tulis ;Istilah ini boleh ditakrifkan sebagai semua fenomena mental yang berlaku dalam fikiran seseorang tetapi dia tidak menyedari mengenainya. Kalau aku sedar hampa ingat aku nak terus tidur? Aku pun ada deria busuk

Aku bukan emosi, tapi aku rasa kelakar sebab macam-macam komentar yang diberikan. Bahagian paling aku tak boleh nak hadam, dah kenapa korang nak expect aku ingat setiap inci apa yang terjadi. Manalah aku nak tahu perubahan Hospital Teluk Intan tu dah tukar cat ke, bangunan dia dah dimamah anai-anai ke, Encik Sahak dah bertukar jadi Encik Zul Ariffin ke, Tangki tu dah tukar jadi Tandas Awam ke, manalah aku tahu! Ini Kisah Benar, dan korang nampak tak aku tulis "aku bawa korang kembali ke tahun 2011/2012" maksudnya apa? maksudnya benda ni jadi tahun-tahun tu, bukan sekarang. Halahhhhh

Ada yang cakap aku mengarut, buat apa abang bilik mayat nak save number student nurse. Halahhhh hai. Macam aku cakaplah if aku tulis secara detail dalam setiap episod, ni dah jadi buku sejarah, panjang bebenor. Adalah beberapa bahagian aku skip. Okaylah meh aku cerita, time aku turun hantar mayat ke bilik mayat menggunakan troli besi bilik mayat tu, CI aku pun join, time tu dia jalan belakang aku. CI aku tu yang deal dengan abang milik mayat nanti post mortem kalau boleh dia nak student nurses dapat pengalaman tengok biologi tubuh manusia secara real. Abang bilik mayat tu pun cakap okay boleh, tulislah notes dekat dalam buku di dalam pejabat bilik mayat tu, selit nombor aku dan CI untuk follow up tarikh dan masa post mortem. Dia tak save number aku pun. Kau nak tahu juga tak pen colour apa aku guna waktu tulis tu?

Tak dilupa juga yang kata dikkk yang kau tulis meleret-leret ni kenapa straight to the point je lah. Lah? Siapa pula yang panggil akak datang baca saya punya cerita ni? First of all, kalau korang expect kisah benar ni menceritakan moment orang kena rasuk, perbualan jin dan pak ostad, orang dirasuk bertukar jadi harimau ke, korang boleh teruskan perjalanan scroll page-page kisah seram malam jumaat yang lain. Semua itu tiada di sini. Aku menulis dengan niat sambil aku menulis, aku nak kawan-kawan atau orang lain yang membaca dapat mengimbau balik kenangan-kenangan kalau dorang pun pernah merasai zaman tu. Contohnya zaman Gotam, ramai ter-throwback zaman Gotam dan terus tertanya-tanya kemanakah beliau sekarang. Ada juga yang terkenang dan terliur ayam goreng crispy dekat Kolej Jebat, wei sedap sumpah makan dengan nasi letak sambal, layannnn! Kalau kau nak expect cerita seram, pergilah tengok cerita Juon salahkan aku pula!

Akhir kalam dari aku sebelum aku meneruskan kisah benar ni, bacalah dengan hati yang tak mengadili orang lain, sebab dalam dunia ni tak ada orang yang tulis atau pamerkan sesuatu untuk menunjuk tapi diri kita sendiri yang membaca dan melihatnya dengan rasa iri. Tak ada apa yang perlu kau iri dengan seorang aku yang menulis kisah benar ini, sebab kalau aku diberikan pilihan, aku sendiri tak ingin menjadi aku yang sedang menulis ni. Bai

Comments

Popular Posts