Ini masih kisah benar, Nenek Tua (EMPAT)

Aku tak tahu nak letak tajuk yang kalini apa. 

Maaf lama tak ada tulisan kisah benar. Selepas Part 3 (https://biarcerita.blogspot.com/2020/11/ini-pun-kisah-benar-kisah-hutan.html) yang lepas aku kurang sihat. Aku ambil keputusan untuk ambil tempoh bertenang untuk sambung menulis. So here we go again

Jadi macam aku dah start daripada part satu lagi, ini pasal Nenek Tua Tun Ali. Aku tak pasti korang tahu ke tak tapi benda ni pun aku dengar gosip-gosip liar waktu tu. Kebenarannya hanya Tuhan Yang Maha Agung saja yang tahu. Kolej Tun Ali ni dia dalam kelompok kolej-kolej baru, sama macam Kolej Tun Hamzah, Tun Hasan dengan Tun Perak. Dorang cakap waktu nak buka kawasan baru nak dijadikan kolej kediaman ada perjanjian dengan 'penghuni' asal kawasan tu. Salah satu syarat dia, kebersihan haruslah di tahap yang maksima. Faham?

Kolej Tun Ali ni kolej perempuan, of course lah aku duduk situ kot mestilah perempuan. Kolej perempuan dia banyak sikit dia punya cabaran. Nak dikatakan 100% bersih tu, sukar untuk dirungkaikan. Dalam sekelompok perempuan tak semua bersih, kau memanglah nampak dia bersih, wangi tapi itu luaran, dalaman dia. Aduh bahasa mudahnya, perempuan kan period, so kebersihan dia berbeza. Basuhlah cucilah macam mana pun. Darah haid itu tetap kotor walau macam mana pun. 

Jangan risau aku bukan meleretkan cerita, tapi ini ada kena mengena dengan Kisah Nenek Tua. 

(Keseluruhan bahagian seterusnya adalah daripada ruang pandang orang lain)

Aku masih tertunduk merengkok didepan bilik aku, kepala aku masih tunduk ke bawah. Ada sorang di sebelah kanan aku dan kiri aku. Waktu tu Zu tengah menenangkan Sya dalam bilik. Sya pun mudah dapat gangguan jadi setiap kali aku bukan aku dorang akan pisahkan. Dorang akan cuba untuk bawa Sya jauh daripada aku. Malam tu bersilih ganti aku dan Sya berteriak dan menjerit-jerit. Satu kolej boleh dengar suara ktorang malam tu. 

Tiba-tiba aku bersuara, hah! Kat sini agak pelik suara aku garau lemah sampai ustaz tak faham apa yang aku cakapkan. "Boleh awak ulang?" 

Aku ulang masih tak ada yang faham, semua orang berkerut cuba fahamkan apa yang aku waktu itu cuba sampaikan. Yaya ada disebelah aku waktu tu. "Ustaz, itu bukan suara dia" dalam takut Yaya masih kejap pegang tangan aku. Ustaz itu angguk tanda faham, suara itu tak mungkin milik seorang perempuan berumur 20-an. Tapi suara tu suara nenek berusia lanjut. Dalam semua orang masih cuba berteka-teki apa yang aku cuba sampaikan, aku menunjukkan isyarat tangan macam menulis sesuatu. Ustaz terus minta kertas dan pen. Menggelupur masing-masing mencari kertas pen dalam keadaan tengah kelam kelibut macam tu. Dah kenapa! Nak ajak tulis puisi ke apa? Semua orang fokus pada kertas dan apa yang aku tuliskan. 

'Kotor. Bersih' 

"Ada yang kotor nek?" Ustaz cuba berkomunikasi dengan aku waktu tu, cuba untuk faham apa yang sebenarnya 'aku' nak sampaikan. Ustaz cakap setiap kali ada kerasukan yang terjadi mesti sebenarnya 'benda' tu ada yang nak disampaikan. Tapi macam mana dia nak sampaikan? Tak kan dia nak ajak semua masuk Dewan Kuliah dan buat lecture pula. So salah satu caranya adalah dia sampaikan melalui orang tengah. Orang yang lemah semangatnya, orang yang terbuka hijabnya. 

"Nek, cucu ni datang sini nak belajar. Nenek jangan ganggu dia ye. Kami minta maaf kalau ada silap dimana-mana. Nenek balik ye, kesian dia nek dia nak belajar.."

Lembut je ustaz tu berborak dengan nenek tu. Aku angguk dan terlepas pen daripada tangan aku. Yaya cakap lepas kejadian aku simpan kertas yang aku waktu tu tuliskan. Tapi aku tak ingat mana aku campak kertas tu. Silap! Kalau ada lagi mesti tak akan ada yang akan cakap mengarut, takkan hantu menulis pulakkkk. Tak nak percaya tak apa, tak ada apa yang aku boleh paksakan. Sama macam aku juga tak pernah paksa kawan-kawan aku waktu itu untuk tetap ada dengan aku walau berapa banyak kali pun depan mata dorang aku berubah karektor, berubah menjadi bukan aku. Aku yang dengan tiba-tiba sedang meniti jambatan Tun Fatimah berbisik, "Pija, ada benda belakang ikram. Dia senyum, dia suka dekat Ikram" Korang rasa, kalau korang jadi kawan aku waktu tu, korang akan terus berkawan dengan aku atau angkat kaki. 

Jadi apa kesimpulan dari Kisah Nenek Tua Tun Ali sebenarnya mudah. Nenek tu bukan nak menganggu penghuni kolej tu atau saja nak menampakkan diri dia. Tapi sebab ada yang tak menjaga kebersihan waktu itu. Mungkin ada yang akan anggap benda ni sebenarnya aib tak perlu aku ceritakan tapi inilah sebenarnya point penting yang aku nak sampaikan. Bukan nak menakut-nakutkan pelajar-pelajar atau bakal-bakal pelajar UiTM Lendu, tapi tolonglah. Tolonglah jaga kebersihan sebab setiap kali 'penghuni asal/ penunggu asal' tak senang dengan tempat tu kotor tak terjaga, dia tak akan direct ketuk pintu bilik pelakunya dan cakap, 'hello, boleh tolong kemas kasi bersih sikit tempat awak ni, kotorlah' tak mungkin, tapi dia akan sampaikan semua itu melalui orang-orang 'tengah' yang macam aku sebutkan awal tadi. Demi Allah, proses dan pengalaman dirasuk itu sakit, sakit sangat.

Oh sebut pasal terbuka hijabnya. Siapa pernah tengok movie 'Al-Hijab', 2011 Pierre Andre berlakon dengan mak dia. Siapa tak pernah tengok try lah tengok. Pernah satu malam Aku, Yaya, Sya, Zu, Ika dengan Syfa ktorang tidur satu bilik. Tidur dekat bilik Ika sebab saja malam minggu tak ada kelas pagi nak dikejarkan. Malam tu aku dah tidur, waktu belajar aku memang sejenis tidur awal. Dorang tengah tengok movie tu, ada satu part dalam cerita tu mak Pierre Andre bacakan ayat untuk buka hijab dia, kata orang ayat yang digunakan ayat betul. Hah! Waktu scene yang tersebut, tiba-tiba aku yang dekat katil sebelah pusing dan senyum ke arah dorang. Dalam tidur! Terus dorang senyap tutup laptop dan tidur. Jangan dibuat gila karang tiba-tiba ada rasukan two point O. Tidur dulu guyssss, nanti kita sambung Kisah Mari-Mari Cultural Village, Sabah!

Comments

Popular Posts