Ini Masih Kisah Benar, Kisah Kolej Nilam, Melaka. (DUA)

Ini Masih Kisah Benar, Kisah Kolej Nilam, Melaka.

Sambutan kisah pertama agak menarik, aku rasa macam dibawa kembali ke zaman 2011 dulu. Zaman kejatuhan orang kata. Zaman yang tak gemilang, zaman rasa macam ah bosannya dunia masa tu. Rupanya 2020 lagi teruk! 

Okay sebelum aku sambung kisah yang paling korang semua nantikan kisah nenek tua Tun Ali. Aku rasa ada eloknya aku ceritakan kisah sebelum 2012 tu. Kisah yang aku kira cerita yang memulakan kisah-kisah gelap hidup aku. Cerita ni memang cerita yang aku katup rapat tak pernah aku hebahkan. Disebabkan cerita yang tak aku umumkan ni lah orang selalu bercakap atas dasar apa gangguan-gangguan ni kena pada aku. Ada yang kata sebab aku tak solat, ada juga yang kata aku tak jaga kebersihan, tak kurang juga yang kata keturunan aku datuk moyang turunkan saka pada aku. Macam-macam sampai aku kadang -kadang hanya angguk dan blah. Malas nak ulas, sebab sakitnya aku yang tanggung yang bercakap hanya mampu bercakap. 

Yang sakit badan aku, yang badan berbirat-birat aku, yang hilang suara aku, yang dipandang serong aku, yang hampir kena buang fakulti aku juga. Jadi bagi aku simple kau tak tahu kau boleh cakap, aku pun boleh cakap cuma satu je aku tak boleh buat, buat orang lain diam. Panjang pula mukadimah okay lah jom! So sekarang aku akan bawa korang ke tahun 2011, yang aku gelar Tahun Mayat.

2011, aku masih pelajar kejururawatan. Haah betul! Dulu aku student nurse dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Batch aku time tu dihantar ke kolej swasta; Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Nilam. (Korang boleh search kolej ni, kolej ni dia nampak macam apartment tinggal, try lah search!) Macam-macam cerita jadi dekat kolej yang aku rasa tak berapa penting, tapi Tahun Mayat bermula waktu aku praktikal dekat Hospital Teluk Intan, Perak.

Wad 6A. Aku masuk kerja shift petang maksudnya jam 2 petang sampai 9 malam. (Ingat tau part ni!) 

Aku ditugaskan untuk jaga sorang pesakit lelaki dari India, tahanan ISA. Dia terkena jangkitan kencing tikus waktu tu. Pesakit tu badan dia sebesar katil hospital. Korang mesti pernah pergi hospital, mesti boleh bayangkan betapa besarnya lelaki tu. Hari-hari bagi makan, minum, gerakkan position patient tu sebab tak nak kena blister, dan sebagainya. 

Waktu aku baru je sampai ward, akak senior staff nurses semua tengah kelam kabut berulang-alik masuk bilik patient aku tu. Aku apa lagi campak bag tepi pintu masuk bilik tu terus menyelinap masuk bilik tu. Tak sempat lapor diri lagi pun, pantas. Kalau student nurse mesti tahu, setiap kali praktikal akan ada buku log yang akan ditanda oleh CI (Clinical Instructor) setiap kali satu proses/aktiviti kau berjaya selesaikan korang akan dapat tick dan waktu semester tu ada satu proses paling crucial yang memang jarang-jarang ada student nurse dapat buat. Bab LO; Last Office. 

Okay berbalik pada kes patient lelaki India tu, aku memang betul2 dekat hujung katil betul-betul dekat kaki patient tu, aku yang tercunggap-cunggap tengok staff-staff nurses tengah buat CPR, sebab patient tu dah tak sedarkan diri. Nurses, dan pegawai penjara ISA bertukar ganti buat CPR. Aku dapat peluang juga buat cpr sekali tekan dada patient tu, aku siap kena panjat katil buat cpr sebab memerlukan force yang sangat kuat, tiga empat kali pam aku give up aku pass baton dekat pegawai penjara tu. Bapak penat!

Aku berdiri balik dekat hujung katil, part ni aku rasa kejam sikit. Aku tenung je patient yang aku jaga tu, dalam hati "tolonglah mati, aku nak buat LO" sumpah wei itulah benda yang terdetik dalam hati aku. (Astaghfirullah, sampai harini aku rasa berdosa) 

Tak sampai beberapa minit, heart beat patient tu memang drop dan akhirnya out terus. Staff nurses, pegawai penjara ISA semua dah ketepi, doktor terus umumkan masa kematian dia. CI aku dekat sebelah aku time tu terus keluar arahan "Start LO"

Aku ingat aku balut dia, selesaikan semua dokumen, call bilik mayat dan tolak mayat ke bilik mayat pun aku buat. Selesai semua benda aku blah naik atas wad, dan sambung kerja macam biasa. Sampailah habis shift aku balik rumah, otw tengah berjalan kaki ke rumah tu dapat call dari bilik mayat. Dang! Abang bilik mayat nak ajak siapa-siapa nak join buat post mortem patient India tu esok. Ceh! itu je tak ada apa pun. Aku pun tanya kawan-kawan lain and ramai pun okay nak join post-mortem esok pagi. 

Ingat lagi tak, aku balik kerja jam 9 malam? Ingatkan?

Okay, aku balik tu kerana kepenatan yang luar biasa aku tertidur dengan baju nurse yang aku pakai tu. Aku time tu cuti (perempuan cuti), aku tidur dalam baju yang aku uruskan patient india aku yang mati! Aku tak bersihkan diri langsung sampai esok subuh. Kau rasa? Korang sabarjap belum sampai lagi akhir lagi cerita ni. 

Esoknya post mortem jadi, ktorang student nurses excited lah ke bilik mayat Hospital Teluk Intan. Memang macam tak ada perasaan takut ke apa ke, memasing siap selfie. Krak! Krak! Bunyi abang bilik mayat tengah kerat rib cage patient aku. (Time aku tulis ni, aku tiba-tiba teringat-ingat bau dalam bilik mayat tu, dan aku sekarang dah ubah location menaip, ke bilik kakak aku, meja aku kebetulan sebelah dia tingkap rasa macam ada yang memerhati pula, seram siot!)

Time dah belah rib cage patient tu, dorang keluarkan jantung patient tu, dibelah. Dapatlah ktorang student nurses tengok secara real oh begitu bentuk aortic valve, left right atrium dan segala mak nenek aku dah lupa. Last aku tengok, selepas digodek-godek berapa orang student nurses, jantung tu dah memang tak berupa jantung dah, akhirnya abang bilik mayat tu ambil dan masukkan balik dalam ruang dada patient tu dan nak jahit balik. 

"Ada sesiapa nak try jahit balik?" Abang bilik mayat tu offer sambil hulur jarum yang sebesar jari manis aku. Aku dengan pantas ambil jarum tu dan start cantumkan badan yang terbelah tu dan jahit. Aku punya perasaan takut masa tu entah pergi mana tah, tak takut langsung sebaliknya aku macam enjoy jahit orang. Jahit orang wei, bukan jahit baju. 

Ktorang semua balik dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku, balik rumah sewa makan dan tidur. Dan dari situlah bermulanya episod-episod aku boleh hidu, boleh nampak kelibat, boleh dengar sesuatu berbisik dekat telinga aku "takut yeee", dan akhirnya hampir terjun dari tingkat 13 (dalam keadaan tidak sedar). Mungkin bagi orang lain benda ni cliche ke apa benda semua, tapi tak bagi aku. Sebab sampai sekarang aku ingat apa seorang ustaz tu cakap pada aku. Ini Badi mayat!

Ada juga yang sarankan aku mandi air yang mandikan mayat tu untuk buang badi, apa ke gila patient tu pun dah dihantar balik ke India. Mana pula nak cari. Setelah beberapa episod kejadian-kejadian aneh, mak aku akhirnya decide untuk berhentikan aku dari teruskan nursing. Jadi sebab tu lah aku seterusnya masuk UiTM Lendu. 

Ingatkan selesai? Tidak

Comments

Popular Posts