Post 5 of 365 : Pendapat
Aku ada sebuah pengusulan untuk diajukan
Tidak aku mencari sebuah kebenaran
Kerana sebuah usul itu ada sahaja pendapat yang membezakan
yang mengasingkan
yang memisahkan
Sejauh mana sebuah perkenalan itu akan berkekalan
Sejauh mana sebuah perkenalan itu akan berlanjutan
Sejauh mana sebuah perkenalan itu akan bertahan
Aku melihat keakraban yang terpisahkan
keakraban yang terasingkan
yang terabaikan
Bohonglah aku jika sebuah perkenalan yang dulunya menjengah kini tidak langsung menatap
Tidak langsung berbekas
Tidak langsung terkesan
Jadi bagaimana dengan usulku?
Perlukah aku mengapai
Atau perlu aku lepas?
-F_

Comments
Post a Comment