Post 4 of 365 : Kenangan

Aku menziarahi sebuah kepergian. 

Hiba, sunyi namun tidak sepi.
Tidak terdengar riuk pikuk tangisan, namun ada sendunya.

Tidak lagi terlihat lawak tawa,
Tidak lagi terdengar ramah mesra

Hanya kepiluan yang menjengah. 

Kasihan

Sebuah perjalanan dunia itu akhirnya jadi kenangan
Kenangan yang diterlupakan
Kenangan yang dihambat
Kenangan yang dikaitkan tanpa masa depan

Kerana perjalanan dunia itu kini terhenti,
Demi satu perjalanan menuju akhirat yang jauh dan panjang.

Kenangan

-F_

Comments

Popular Posts