Ini Kisah Benar, Kisah UiTM Lendu, Melaka. (SATU)

Ini Kisah Benar, Kisah UiTM Lendu, Melaka. 

Cerita ni jarang aku ceritakan, aku ambil masa bertahun untuk menulis kembali setiap detik yang bagi aku ngeri. Tapi bagi aku sudah tiba masanya untuk aku ceritakan, untuk aku sampaikan. Semoga jadi pedoman. Cerita ni hasil daripada cerita ulang daripada rakan-rakan yang berada waktu kejadian dan juga daripada memori kecil ingatan aku. 

Kerana ini, kisah aku. 

Kejadian ni aku tak klasifikasi sebagai permulaan, tapi ini kisah lanjutan. Lanjutan daripada Kolej lama, Kolej Kejururawatan. Ini kesinambungannya

Tun Ali, UiTM Lendu.

Daftar masuk berlaku seperti biasa, tak ada apa yang aneh. Cuma mungkin dah terbiasa duduk di rumah setelah lama berubat, aku jadi kekok dengan gaya orang sekeliling. Kolej baru yang baunya pun masih cat baru, keadaan baru. Bilik aku bilik 211, katil, kerusi, almari semuanya oren. (Masih panjang cerita pengenalan, baik aku selesaikan, mari aku bawa ke kisah paling penting, yang memulakan kisah ni)

Malam ni akan jadi malam akhir untuk kumpul tandatangan kakak senior kolej, yang aku panggil pewaris negara. Dengan kelas, dengan bukit tonggek menuju ke kelas, dengan kakak senior minta dikumpul tandatangan. Letih! 

Kisahnya terjadi di Dewan Bentara, UiTM Lendu. Ada Karnival tengah berlangsung, macam biasa kolej-kolej baru akan ada karnival perasmian pembukaan dewan, pembukaan kolej baru, surau baru, tandas baru semualah nak buka. Aku, Sya dan Zu pergi ke arah akak ketua senior, D. Sedang menjamah bihun sup utara disebelah longkang besar.

Tengah tangan aku menghulurkan kertas tandatangan ke arah D, mata aku masih memandang keadaan sekeliling, riuh orang berjual beli, abang PA System masih sibuk "ya selamat datang ke karnival dewan bentara..." bersilih ganti dengan lagu turun naik bunyinya (ala-ala DJ radio), akak cleaner masih termenung mengenangkan nasib nak kena buat OT malam ni nak bersihkan kawasan dewan. Tiba-tiba gelap!

(Ini saatnya korang akan diceritakan dari ruang pandang orang sekeliling aku, aku? sudah Out! Jom)

D terpaku tapi nasib tangan dia cepat tarik aku yang hampir sahaja jatuh ke dalam longkang. Masing-masing panik namun pantas memproses bantuan selanjutnya. Aku diusung beberapa siswa ke bilik kesihatan di ruang tengah Dewan Bentara. Keadaan masih gamat, riuh rendah pelajar sekeliling diselangi dengan muka terkejut melihat aku diusung. Masing-masing bersoal, berteka-teki

"Mati ke? Kenapa tu wei?"

Air sudah disapu ke muka (Aku rasa bukan sapu, macam dorang jirus air aku rasa, basah kuyup) akhirnya aku buka mata, tapi pucat lesi. Ada seorang dihujung kaki aku tepat tengah pandang ke arah aku, abang senior itu beralih mata dia ke arah kawan-kawan sekeliling dia, abang senior tu dengan perlahan tapi tegas "Baca Ayat Kursi" Ayat Kursi dimulakan waktu tu aku pejam balik mata macam tengah menghayati bacaan Ayat Kursi, selesai je ayat akhir 

'wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem...'

Tiba-tiba aku menjerit tangan kaki meronta-ronta, masa yang sama juga, seluruh Dewan Bentara blackout. Putus bekalan eletrik, total black out. Abang senior tu masih dibahagian kaki aku, ditendang dihentak bertubi-tubi. Sekarang ada dua tiga orang pegang kaki aku untuk elak abang senior yang mungkin ketua tu mati kena tendang. 

"Buka lampu phone korang semua suluh, call 'Gotam', suruh budak2 semua balik bilik, try check suis, just pasang pada PA System, pasang yassin"

Arahan panjang tapi masing-masing terima dan ambil tugas masing-masing. Sekarang tak ada lampu, berbekalkan torchlight phone masing-masing yang disuluh ke arah aku, masing-masing dapat tengok lirik mata aku yang tajam dan merenung tepat ke arah dorang. Ada yang balas pandangan tu, ada yang telan air liur, ada juga yang kecut perut terus buat-buat pandang ke arah siling. 

Dalam beberapa ketika, keadaan senyap bersilih dengan suara aku menjerit, laungan ayat Kursi ditelinga aku masih diteruskan, waktu tu ada suis dapat terpasang dekat kawasan PA System, Abang DJ tadi cepat-cepat cari Surah Yassin untuk dipasang. Bergema satu Dewan Bentara dengan Surah Yassin. Fuh! Seram woi, keadaan gelap gelita, hanya ada sayup-sayup Ayat Kursi dengan teriakan seorang perempuan disusuli Surah Yassin. Ada juga tangis esak dua tiga perempuan waktu tu, mungkin terkejut dengan apa yang berlaku. 

Beberapa minit lepas tu, Gotam pun sampai. Oh! Meh aku kenalkan dulu, Gotam ni Ketua Polis Bantuan UiTM Lendu, nama dia Encik Azman if tak silap, tak tahulah kenapa Gotam, dia memang orang panggil apa hero gadis-gadis lah. Siapa je tak kenal dia, korang budak-budak baru tak kenallah, tapi kami orang-orang yang nampak Gotam dekat Pasar Malam UiTM terus buat-buat beli air soya ni, tahulah. Aku pun dah lupa-lupa ingat muka dia, korang google je lah Gotam UiTM Lendu, adalah tu nanti keluar muka dia. Okay dah jom sambung!

Time Gotam sampai, dia terus suruh budak-budak perempuan yang teresak-esak ketakutan tu blah balik. Senang je arahan dia, lirik mata sambil suruh blah. Simple tapi menusuk apa kau nak buat lagi, angkat kaki blah je lah. 

Dia masuk bilik dia terus sound aku. "Kau nak apa?" Kalau aku dah jawab nak fish & chips kau nak buat apa. Okay okay serious-serious. Aku terus buka mata pandang ke arah dia, Terus abang senior yang tiga orang tengah pegang kaki aku tu kena sepak terlepas tangan dorang dari kaki aku, korang boleh bayangkan tak betapa kuatnya aku time tu? Terus aku duduk peluk lutut pandang tepat ke arah Gotam. 

Lepastu berlakulah proses bersoal-jawab dengan jin yang masuk dalam badan aku. Part ni aku skip, sebab aku rasa tak best, part keluarkan jin lebih kurang sama je. Ada part yang lagi penting nanti. 

Akhirnya lepastu dalam berapa jam jugalah, akhirnya dorang (Sya & Zu) papah aku balik ke bilik Tun Ali. Time ni Yaya and Ika yang tengah lepak dalam bilik Ika & Asyfa nampaklah Sya dengan Zu tengah papah aku balik. Aku sampai dorang terus baringkan aku, dan suruh aku rehat. Malam tu ktorang semua tidur satu bilik, tidur bilik aku dengan yaya. Cuba bayang katil ada dua je tidur berenam.

Sabar jap! Korang ingat dah setel setelah kehadiran Gotam? Tidak guys tidak...

Malam tu entah jam berapa pagi aku terjaga, aku pandang ke arah tingkap, kebetulan Sya pun terjaga dia nampak aku terjaga dia pun angkat kepala dan tanya aku okay ke tak? Aku tak jawab, tak juga pusing ke arah Sya, aku senyum dan sambung tidur. Sunyi

Beberapa minggu lepas daripada kejadian tu, ada kejadian lain Kejadian Nenek Tua Tun Ali dengan Tangki Air Kolej Lekir, UiTM Melaka. Kejadian ni aku rasa macam peak lah sebab malam tu Histeria bersambung-sambung, sahut menyahut dari satu kolej ke satu kolej. Nantikan aku sambung sekarang korang pergi relaks dulu


Comments

Post a Comment

Popular Posts