Post 2 of 365 : Aku

Assalamualaikum,

Kadang Allah uji, bukan kerana membencimu, namun kerana pencipta Yang Esa itu merinduimu. Rintih, tangis, keluhmu. Itu rindu.

Kadang Allah uji, bukan kerana menjauhimu, tapi hanya kerana Yang Maha Suci itu ingin kau melihat sudut pandang yang beda. Bukan hanya indahnya dunia. Kerana semua di dunia ini, sekejapan saja. Tak kekal, akan pudar.

Kadang itu biasa, tapi aku? Aku sering saja merasa ianya senantiasa.

Biasalah. Tidak apa, Allah tahu. Sabar

-F_

Comments

Popular Posts